DUA TAHUN BERTURUT-TURUT... Syed Moheeb menerima anugerah Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik kali kedua. IKHLAS KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) memenangi Anugerah Penyedia Takaful dan Takaful Semula bagi anugerah Berita Kewangan Islam 2009 untuk kali kedua. "Kejayaan Takaful IKHLAS memenangi anugerah ini buat tahun kedua berturut-turut jelas membuktikan betapa pentingnya kerjasama sepasukan," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dalam kenyataan yang dikeluarkan Khamis. "Kejayaan ini juga adalah mandat yang diberikan kepada seluruh warga kerja Takaful IKHLAS yang berdedikasi untuk bekerja lebih keras dalam usaha menyediakan perkhidmatan berkualiti dan profesional, sejajar dengan komitmen kami untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berdasarkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam," katanya. Anugerah ini adalah hasil daripada undian di kalangan pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam. Anugerah Undian Berita Kewangan Islam 2009 yang diadakan buat kali kelima ini merupakan anugerah yang tulus, sahih dan kompetitif di dalam industri kewangan Islam. Takaful IKHLAS, yang mula beroperasi pada Julai 2003, merupakan anak syarikat MNRB Holdings Bhd, di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Bhd melalui Skim Amanah Saham Bumiputera. Syarikat ini telah mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Baharu, Johor Baharu, Sungai Petani, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Post a Comment