hover animation preload

Takaful iklas Plan Haji
by takaful iklas in



IKHLAS HAJJ SAVINGS TAKAFUL adalah pelan yang
dipakejkan bersama IKHLAS Savings Takaful (IST) dengan
penambahan kadar sumbangan, IKHLAS Immediate Death
Expense Takaful Rider (IDE) dan IKHLAS Critical Illness
Takaful Rider (CI).

Pelan ini mempunyai kumpulan sasaran tersendiri. Pelan
ini dipakejkan sebagai pengumpulan dana bertujuan
menunaikan ibadah Haji atau tujuan murni.
Perlindungan yang disediakan untuk pelan ini termasuk
faedah-faedah kematian dan hilang upaya kekal
menyeluruh serta faedah penyakit kritikal.

APAKAH MANFAAT YANG DITAWARKAN OLEH IKHLAS HAJJ
SAVINGS TAKAFUL?
1. FAEDAH KEMATIAN [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana
Tabarru']

Faedah kematian bersamaan dengan Jumlah Perlindungan
campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada
penama Peserta atau keluarga terdekat.
Penama atau keluarga terdekat digalakkan untuk
menggunakan sebahagian faedah kematian untuk membayar
'Badal Haji' bagi pihak Peserta.

2. FAEDAH TPD [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
Jika berlaku hilang upaya kekal menyeluruh kepada Peserta
yang merangkumi terma yang terdapat di dalam Sijil, Jumlah
Perlindungan campur amaun terkumpul dalam PIA akan
dibayar kepada Peserta.

3. FAEDAH SEGERA KEMATIAN [Faedah Takaful ini dijamin oleh
dana Tabarru']
Perbelanjaan Faedah Segera Kematian bersamaan RM2,000
akan dibayar dalam masa 24 jam (selepas penghantaran
borang tuntutan, permit perkuburan atau sijil kematian
kepada Syarikat) kepada penama Peserta atau keluarga
terdekat.

4. FAEDAH PENYAKIT KRITIKAL PRA-BAYAR [Faedah Takaful ini
dijamin oleh dana Tabarru']
RM10,000 akan dibayar apabila Peserta telah disahkan
menghidapi penyakit-penyakit kritikal seperti yang telah
dinyatakan di dalam kontrak Sijil. Pembayaran faedah di
bawah faedah ini akan mengurangkan Jumlah Perlindungan
asas.

5. FAEDAH PENAMBAHAN [Faedah Takaful ini tidak dijamin]
Penambahan adalah Sumbangan tambahan yang berfungsi
sebagai akaun simpanan biasa oleh institusi kewangan.
Kadar penambahan akan ditentukan pada permulaan
berdasarkan kepada jumlah jangkaan (atau kehendak) yang
akan dicapai sehingga tempoh matang

6. FAEDAH TEMPOH MATANG [Faedah Takaful ini tidak dijamin]
Jumlah keseluruhan bersamaan dengan baki dalam PIA dan
PRIA akan dibayar semasa tempoh matang.
TEMPOH DAN HAD UMUR
Umur Penyertaan : 30 hari - 60 tahun, umur pada hari jadi
berikutnya.
Umur Tamat Tempoh : Minimum mencapai umur 20 tahun dan
Maksimum mencapai umur 65 tahun
Tempoh Perlindungan : 5, 10, 15, 20 dan 25 tahun
Pelan Pilihan :



KENAPA TAKAFUL IKHLAS?


KENAPA TAKAFUL IKHLAS?
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. Adalah anak syarikat MNRB Holdings Bhd.
Operasi perniagaan kami adalah berlandaskan kepada prinsip
Syariah. Kami turut memberi keutamaan dalam memastikan agar
semua urusan perniagaan kami adalah berlandaskan kesaksamaan
dan keadilan. Kami percaya kepada falsafah 'memudahkan urusan
perniagaan' kepada rakan perniagaan kami yang paling utama -
para pelanggan kami.

Kami mengguna-pakai kontrak Tabarru', di mana Peserta bersetuju
menderma peratusan yang telah ditentukan daripada Sumbangan
kepada dana risiko untuk membantu Peserta lain. Model Takaful
IKHLAS memastikan Peserta akan mendapat manfaat daripada
keuntungan pelaburan dan lebihan (jika ada) dalam dana risiko.
Pendapatan pelaburan bersih dan lebihan bersih hasil daripada
produk ini akan diagihkan kepada setiap PIA/PRIA.

"Satu pelan yang memberikan ketenangan apabila Sijil orang
yang anda sayangi dilindungi sepenuhnya"

Nota Pengecualian :
Risalah ini bukan merupakan sebuah kontrak. Sila rujuk kepada kontrak untuk
butiran penuh.

0 comments:

Post a Comment