hover animation preload

Takaful iklas menang anugerah penjenamaan
by takaful iklas in


14 Januari 2010



TAKAFUL Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) sudah membuktikan kehebatannya apabila memenangi Anugerah PKS BrandLaureate 2009 bagi kecemerlangan penjenamaan korporat jenama terbaik dalam perkhidmatan perlindungan kewangan Islam.

Anugerah BrandLaureate, juga dikenali sebagai Anugerah Grammy bagi penjenamaan, mengiktiraf jenama terbaik dari Malaysia dan Asia Pasifik meliputi pelbagai industri dan kategori. Ia dianjurkan Yayasan Jenama Asia Pasifik yang mana pemenang dipilih berasaskan kriteria 300 mata penghakiman ketat meliputi strategi jenama, komunikasi jenama, serta ekuiti dan prestasi jenama.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman, berkata kejayaan itu mencerminkan semangat Malaysia boleh dan usaha syarikat dalam menyebarkan ekonomi Islam serta jenama takaful.

Harian Metro

0 comments:

Post a Comment